Button Dashboard dan Follow

Ahad, 24 Februari 2013

Penantian ツ



          Mungkin penantian itu satu penyeksaan dan mungkin penantian itu adalah satu kegembiraan buat seseorang penanti. Kerana sebuah penantian, aku menjadi seorang yang tidak tahu siapa aku yang sebenarnya. Adakah aku gembira untuk diri aku sendiri ataupun aku gembira untuk diri orang lain. Aku tidak tahu. Penantian aku membina sebuah mimpi yang tidak akan menjadi sebuah realiti. Kadangkala aku merasakan penantian itu membuat aku untuk terus mengalirkan air mata, aku sendiri tidak mampu untuk menahan air mata ini. Kerana aku merasakan air mata ini mungkin dapat memberi aku sedikit kebahagiaan. Aku hanya manusia biasa, hanya mampu berserah kepada takdir. 
         Selama 2 tahun lebih aku menanti. Mungkin bukan waktu yang singkat untuk sebuah penantian. Itu mungkin waktu yang sangat menyakitkan dan menyedihkan. Kadangkala aku sendiri tidak merasakan waktu itu berlalu. Seperti waktu berlalu bergitu pantas meninggalkan aku sendiri di belakang, menanti sesuatu yang aku tidak tahu bila akan aku miliki. Penantian aku adalah untuk lima huruf...kerana lima huruf itu aku menjadi bergini terseksa..lima huruf itu adalah C-I-N-T-A... kerana cinta aku masih setia menjadi seorang penunggu yang tidak pernah kenal erti sebuah kebahagiaan. 

 

        2 tahun lebih aku hanya mampu melihat si dia dari jarak yang jauh, mendekati diri si dia pun aku tidak mampu, apatah lagi ingin aku mencintai diri si dia. Aku membiarkan diri ini menjadi bergini supaya aku kenal apa itu erti sebuah penantian. Penantian ini kadangkala bagai membelenggu diri ini. 2 tahun lebih aku merasakan diri ini kosong tanpa sesiapa, hanya sepi yang menemani diri ini..hanya sepi...
 

 

                Aku tidak mampu untuk melupakan diri si dia..hanya si dia yang mampu mengambil hati ini..hanya si dia...Ternyata sangat sukar untuk aku mencari harapan yang baru. Harapan yang sentiasa membuat aku gembira, Kadang² setiap malam aku akan mengalirkan air mata, memikirkan diri aku tanpa dia suatu hari nanti, menanggis menahan segala rindu yang aku alami ini. Mampukah aku tersenyum tanpa si dia, ternyata aku tidak mampu...aku tak boleh.
 

 

                           Kenapa dengan diriku ini..kenapa aku bodoh sangat?..kenapa aku terus menanti, kenapa aku masih menanti sebuah cinta yang entah saat bila akan aku miliki. Aku tak tahu adakah cinta itu milik aku atau sebaliknya. Menanti sebuah cinta yang tidak tahu akan menjemput diri ini ke arah kebahagiaan. Di mana silap yang telah aku lakukan,  aku hanya inginkan kebahagiaan bukan kesedihan.
 

                 Saat itu cinta aku tidak pernah terucap..kerana aku tahu itu hanya sebuah mimpi. Cinta aku itu juga sangat menyakitkan..ya..sangat menyakitkan diri ini. Sampaikan satu saat aku merasakan sudah tidak mampu lagi, mungkin kerana seorang sahabat aku terus menanti si dia. Kerana seorang sahabat aku terus setia untuk mencintai diri si dia, memberi aku sebuah harapan supaya aku tidak pernah berhenti.
 

 


                  Aku hanya mampu duduk termenung sendiri..aku memandang ke langit..melihat kelipan bintang yang menerangi malam. Aku terfikir..bagaimana jika semua bintang-bintang ini hilang. Tidak lagi mampu bekelip seperti kebiasaannya, mungkin dunia ini akan gelap tanpa kelipan bintang, tidak mungkin bintang-bintang ini akan berhenti berkelip..bintang-bintang ini akan tetap setia menemani sang malam..mungkin jika aku mampu mengambil bintang² itu, hati aku mungkin akan sentiasa terang seperti malam yang ditemani bintang. Aku tahu dalam hati ini telah ada sebuah bintang yang amat terang tetapi bintang ini tidak pernah nak menyinar, mungkin aku sendiri yang tidak membenarkan bintang di hatiku ini untuk menyinar dikala aku kesepian.
 

 


        Diri si dia ibarat hanya bayangan..sekejap ada dan sekejap hilang ditiup oleh angin kerinduan. Kadangkala aku merasakan si dia dekat bersama aku, tetapi hakikatnya si dia semakin jauh dari aku. Si dia mungkin bayangan takala aku dalam kerinduan, disetiap malam bayangan si dia akan menemani aku, disetiap mimpi tidurku si dia akan muncul menemani aku.
 
 


                 Sendiri aku berjalan..selangkah demi selangkah aku berjalan. Sampaikan suatu masa aku terasa sangat letih sudah nak berjalan. Aku berasa lelah untuk menunggu. Aku teruskan penantian aku itu. Aku tidak akan pernah menyerah mendapatkan apa yang aku mahukan. Aku menunggu dan terus menunggu dan tetap terus sabar menunggu. Hanya itu yang boleh aku lakukan...                 
 

 

              Aku rasakan penantian aku mungkin akan berakhir. Terhibur, aku sendiri menanti semua ini. Gembira, hanya itu yang terbayang dalam fikiran aku. Semua penantian aku mungkin akan menjadi sebuah realiti. Tak sia² semua penantian aku selama ini. Aku gembira sangat..terima kasih untuk semua ini, tak pernah aku bayangkan semua ini. Saat itu aku berharap supaya aku sentiasa berada dekat di sisi si dia. Bahagianya aku dapat mencintai si dia. Aku mungkin tidak ada cerita indah yang boleh aku ceritakan dalam hidup aku.


                     Lama-kelamaan....aku merasakan diri si dia semakin jauh dari diri ini. Saat itu aku merasakan perasaan yang sama sebelum aku menemui kegembiraan itu. Semua yang aku harapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Si dia semakin jauh. Kenapa si dia semakin jauh?!!aku tak mampu..semua yang aku rasakan sebelum ini berulang kembali kepada aku. Kesedihan, kerinduan, tanggisan dan kesepian...semua itu kembali menghantui aku. Kenapa aku tak mampu nak bahagia seperti orang lain..kenapa ini semua terjadi terhadap diri aku..kenapa aku yang harus menanggung segala ini..kenapa???kenapa???kenapa???...


 


                      Mungkin saat ini si dia tidak pernah tahu betapa aku merindui diri si dia. Ya..si dia tidak akan pernah tahu. Mungkin semua orang tidak akan pernah faham apa yang telah aku rasakan. Aku hanya mampu melihat setiap gambar² si dia..setiap status dia di facebook si dia. Walaupun kadangkala status itu selalu membuat aku sentiasa bersedih, sentiasa membuat aku bersalah atas semua yang telah berlaku ke atas diri si dia. Ermmm...hanya itu yang mampu aku lakukan untuk menghapuskan segala rindu di dalam diri ini. Saat aku merindui diri si dia, aku akan menulis sesuatu, sesuatu yang dapat menghapus rindu ini..walaupun hanya untuk sementara.
 

 


                     Adakah aku harus membiarkan air mata in mengalir setiap malam. Mungkin aku kuat untuk melalui ini, tetapi sampai bila aku mampu. Adakah selama-lamanya aku mampu melalui semua ini..tidak mungkin..tak mungkin dapat aku lalui semua ini. 2 tahun lebih sudah memberi aku banyak dugaan..pelbagai cabaran...




        Setiap masa, lagu² rindu menemani ku. Tiada apa yang dapat aku rasa melainkan gambaran hidup mu. Lagu² ini yang membuatkan lagi aku merindui si dia. Nak tahu kenapa bila aku rindu dia aku suka dengar lagu???lagu ni dapat membuat aku lebih mengerti sebuah kerinduan, walaupun aku tidak pernah nak sempurnakan hidup si dia tetapi aku akan berusaha nanti.




         Aku mungkin tidak seperti orang lain. Aku tidak mampu nak jadi seperti orang lain, biar aku jadi diri aku sendiri. Bukan mudah nak menjadi seperti lain. Aku tidak berani nak call, masej, nak tanya khabar sihat ke tidak..aku tak mampu lakukan semua itu..aku tak tahu kenapa..aku binggung dengan semua ini. Jika aku nak call dan masej dia pun aku nak sembang apa kepada si dia, walaupun kadangkala aku nak sangat call si dia..nk borak lama².....bukan bermakna aku hendak melupakan si dia tetapi aku tidak mampu untuk melakukan semua itu..maafkan aku..maaf sangat²...


 


         Mungkin belum masanya untuk aku mencintai si dia, walaupun kata cinta itu telah aku ucap kepada si dia. Biar kata itu menjadi sebuah rahsia antara aku dan si dia. Aku masih belum bersedia lagi, ini mungkin salah aku kerana mengucapkan kata cinta kepada si dia. Aku terlalu mengikutkan perasaan. Perjalanan aku masih jauh, perjalanan si dia pun masih jauh..masih banyak lagi yang harus aku pelajari dalam hidup ini. Diri ini masih kosong, harap-harap si dia boleh terima semua ini. Aku masih menyayanggi diri si dia, bukan mudah untuk aku melupakan si dia.





         Sebagai manusia biasa aku hanya mampu merancang, tetapi Allah yang akan menentukan mengikut kehendakNYA. DIA akan memberi yang terbaik untuk kita. DIA yang memberi yang sempurna untuk kita. Aku menanti pagi² yang indah. Berharap supaya ada sebuah kegembiraan yang muncul. Aku menanti matahari terbit untuk memberi cahaya baru untuk menyinari jalan-jalanku.
          
    
        Jika suatu hari nanti hati ini tidak dapat bersatu. Aku redha. Aku akan menerima dengan hati yang tenang. Apa yang boleh aku lakukan untuk menghalang ini semua..tiada apa..hanya berserah. Walaupun aku tahu kesedihan akan muncul, tapi apa yang aku mahu lihat adalah melihat diri si dia bahagia..hanya itu yang aku minta..tiada lagi kesedihan yang membelenggu diri si dia..biar diri aku sahaja yang merasakan semua itu.




                  Tetapi buat masa ini aku sangat merindui diri si dia. Tidak dapat aku ucapan dengan kata². Terselit sebuah kerinduan. Aku mahu si dia tahu bahawa menunggu dan menanti diri si dia bukan sesuatu hal yang mudah bagiku..aku memerlukan kekuatan. 





Penantian itu sangat menyakitkan!!!!!Aku terpaksa menunggu diri si dia!!!!!




Aku akan tetap menunggu diri kamu...menunggu dan terus menunggu!!!!




                   Mungkin suatu hari nanti, walaupun seketika. Aku berharap supaya si dia dapat melukis sebuah cerita yang indah dalam hidup aku. Aku tahu itu mungkin sesuatu yang sukar untuk aku rasakan dalam diri ini. Aku mahu melukis sedikit cerita yang dapat memberi aku kebahagiaan..takkan selamanya aku ingin melukis cerita yang sedih dalam diri ini.




       Si dia telah membuat hati ini menjadi kuat, tapi mungkin dia juga akan membuat hati ini menjadi lemah kembali di saat si dia pergi. Hati aku mungkin akan menjadi rosak kerana dia telah meninggalkan aku sendiri di sini.



Saya rindu awak sangat-sangat..Mungkin awak tidak pernah merasakan ini..Tetapi aku sentiasa merasakan ini..Saya berharap awak juga merindui diri saya..Jangan pergi dari saya awak..Saya perlukan awak saat ini..Saya harap awak dapat memahami semua isi hati ini.. 
AWAK!!!!
SAYA!!!!
RINDU!!!
AWAK!!!!    
 AA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan